Terus ke kandungan
Book sesi
Tentang Geekastudio

Di sebalik setiap video, ada team yang fikir dan buat bersama.

Kami team content di Johor Bahru. Aman, Elly, Jie dan Nazif membawa peranan berbeza dalam strategi, produksi, media sosial dan iklan supaya setiap projek ada arah dan orang yang menguruskannya.

IDEAPRODUCTIONCONTENT SYSTEMS

Aman

Content Strategist

Menentukan arah content dan cara cerita bisnes anda disampaikan.

Elly

Videographer & Social Media Manager

Mengendalikan rakaman dan pengurusan media sosial.

Jie

Assistant Videographer & Editor

Membantu produksi di lokasi dan menyusun rakaman menjadi video siap.

Nazif

Content Planner & Ads Management

Merancang content dan mengurus iklan mengikut keperluan kempen.

Cara kami fikir tentang content

Setiap projek bermula dengan pelanggan yang anda mahu capai.

Soalan pertama kami: apa yang pelanggan perlu faham tentang bisnes anda? Aman dan Nazif menyusun arah dan perancangan content berdasarkan jawapan itu, supaya idea yang dipilih ada tujuan.

Elly dan Jie membawa idea itu ke rakaman dan editing. Jika skop anda termasuk pengurusan media sosial atau iklan, Elly dan Nazif meneruskannya selepas produksi. Anda tahu siapa yang menjaga setiap bahagian.

Projek Geekastudio

Antara brand yang pernah bekerja dengan kami.

Pengalaman produksi dan content untuk retail, optometri, pendidikan dan F&B.

itgeeks.my
Azzfix Repair
Lenore Optometry
Tadika KeedsflixUlu Tiram & Impiana Kulai
Teamu
Tonton hasil kerja
Pengalaman Aman sebagai creator

Antara kolaborasi creator Aman.

Kolaborasi peribadi Aman sebagai content creator; berasingan daripada portfolio klien Geekastudio.

Hyundai
Dongfeng
Samsung
Vivo
Oppo
Shopee
Cara kerja

Anda tahu apa yang sedang dibuat, pada setiap peringkat.

  1. Kenal bisnes

    Produk, pelanggan dan soalan yang selalu ditanya. Ini bahan untuk content anda.

  2. Susun & rakam

    Kita siapkan idea, skrip dan jadual. Anda tahu apa yang akan dirakam sebelum hari shooting.

  3. Semak & siarkan

    Semak hasil edit sebelum disiarkan. Tambah pengurusan akaun jika anda perlukan bantuan posting.

Mula dengan satu perbualan

Cerita tentang bisnes anda. Kita cari arah content bersama.

Dalam sesi percuma ini, kita kenal bisnes anda, lihat content semasa dan bincang apa yang boleh dibuat mengikut bajet. Anda boleh datang dengan satu idea, atau dengan banyak soalan.

Book sesi percumaPercuma · Google Meet · Maks. 60 minit