Terus ke kandungan
Book sesi
Servis & harga

Bisnes anda ada cerita. Pilih cara untuk mula berkongsi.

Perlukan video setiap bulan, atau stok content untuk team siarkan sendiri? Pilih cara kerja yang sesuai. Kami bantu dari idea hingga video siap.

Produksi video bulanan

Pilih ikut cerita yang bisnes anda perlu sampaikan.

Lihat pilihan kami
Video siap, siapa urus posting?

Team anda boleh siarkan sendiri. Jika perlukan bantuan, tambah caption, cover, posting, engagement asas dan review.

Mula konsisten

Minimum

Untuk bisnes yang baru mahu konsisten dengan video.

RM1,499 / bulanProduksi video sahaja
  • 10 video setiap bulan
  • 1 hari shooting sebulan
  • 5 / 5 soft sell / hard sell

Fokus pada produk utama dan soalan yang pelanggan selalu tanya.

Bincang Minimum
Lebih banyak content

Growth+

Untuk bisnes dengan banyak produk, promosi dan keperluan content yang lebih kerap.

RM3,299 / bulanProduksi video sahaja
  • 20 video setiap bulan
  • 2 hari shooting sebulan
  • 10 / 10 soft sell / hard sell

Lima video lebih daripada Growth dalam dua hari shooting. Sesuai bila team sudah bersedia untuk siarkan lebih banyak content.

Bincang Growth+
Setiap pakej bermula dengan idea, sampai video siap.

Idea, skrip, hook, storyboard asas, shooting, editing dan subtitle termasuk dalam semua pakej. Setiap video termasuk satu pusingan pindaan mengikut brief asal.

Percubaan 3 bulan, bayar bulanan. Penamatan mengikut terma sebut harga.

Pengurusan pilihan: +RM499 / RM749 / RM999 sebulan mengikut pakej, dengan setup RM499 sekali sahaja untuk sehingga 3 platform.

Closing order, perjalanan, penginapan, presenter luar dan bajet iklan tidak termasuk. Kos tambahan disahkan dalam sebut harga.

Untuk team yang urus posting sendiri

Content Sprint

Sekali rancang dan rakam. Bina stok video untuk jadual anda.

Sesuai jika anda ada team dalaman, sedang bersedia untuk kempen, atau mahu beberapa produk dirakam dalam satu batch. Pilih 30 atau 50 video mengikut jumlah content yang diperlukan.

Termasuk 4 jam group content coachingSatu sesi, digunakan dalam 3 bulan selepas pengesahan.

Team anda urus posting dan respons. Presenter luar serta perjalanan tidak termasuk. Tempoh shooting bergantung pada brief.

Berapa banyak video diperlukan?
Content Sprint · 30 video
RM3,900 / batch
RM130setiap video1–2hari shooting

Untuk mula membina stok video bagi produk utama atau satu fokus kempen.

Bincang 30 videoPilihan ini dibawa ke borang booking. Kita sahkan brief dalam sesi percuma.
Cara kerja

Anda tahu apa yang sedang dibuat, pada setiap peringkat.

  1. Kenal bisnes

    Produk, pelanggan dan soalan yang selalu ditanya. Ini bahan untuk content anda.

  2. Susun & rakam

    Kita siapkan idea, skrip dan jadual. Anda tahu apa yang akan dirakam sebelum hari shooting.

  3. Semak & siarkan

    Semak hasil edit sebelum disiarkan. Tambah pengurusan akaun jika anda perlukan bantuan posting.

Sokongan selepas produksi

Content sudah ada. Bahagian mana lagi perlukan bantuan?

Pilih servis untuk masalah yang sedang dihadapi. Kita boleh bincang keperluannya bersama sebelum anda tambah pada pakej.

Campaign Planning

Ada launch atau promosi, tetapi belum jelas arah kempen?

Susun satu kempen utama supaya content ada fokus yang sama sepanjang bulan.

RM1,000/ bulan

Perancangan satu kempen utama sebulan. Skop akhir disahkan dalam sebut harga.

Bincang Campaign Planning

Influencer Marketing

Mahu produk diperkenalkan melalui suara creator?

Bawa sudut pandang creator ke dalam kempen anda, dengan pilihan yang sesuai untuk audiens.

RM500–2,000/ creator

Skop asas: 1 video pendek + 1 post. Creator dan hak penggunaan disahkan dalam sebut harga.

Bincang Influencer Marketing

Ads Management

Content sudah ada. Mahu gunakan iklan untuk edarkannya?

Serahkan pengurusan iklan supaya team anda boleh fokus pada operasi dan follow-up pelanggan.

RM700/ bulan

Fi pengurusan sahaja. Bajet iklan RM300–1,000 dibayar berasingan.

Bincang Ads Management

Sales Support

Pertanyaan masuk, tetapi team tak sempat follow-up?

Tambah sokongan ejen dikongsi untuk urusan pelanggan melalui satu WhatsApp bisnes.

RM1,000/ bulan+ 10% jualan bersih diterima

1 brand, 1 WhatsApp, ejen dikongsi. Waktu bertugas dan skop disahkan dalam sebut harga.

Bincang Sales Support
Sebelum anda pilih

Soalan yang biasa ditanya.

Berapa lama video boleh siap?

Sasaran draf pertama ialah 7-10 hari bekerja selepas shooting dan semua bahan diterima. Setiap video termasuk 1 pusingan pindaan mengikut brief asal. Konsep baru atau reshoot dikira berasingan.

Ada caj shooting di luar kawasan?

Di luar zon tempatan: RM1/km pergi balik dari Bandar Baru Uda, ditambah tol sebenar. Jika bermalam, anggaran 2 bilik ialah RM300-500 semalam. Semua kos disahkan sebelum shooting.

Kalau perlukan presenter atau video tambahan?

Presenter luar dari RM200/hari, tertakluk pada availability dan hak penggunaan. Video tambahan RM199/video. Kita sahkan keperluan dalam sebut harga.

Boleh jamin sales atau viral?

Tiada jaminan views, leads atau sales. Kami bertanggungjawab pada skop content yang dipersetujui; hasil jualan turut bergantung pada tawaran, pasaran dan follow-up bisnes anda.

Mula dengan satu perbualan

Cerita tentang bisnes anda. Kita cari arah content bersama.

Dalam sesi percuma ini, kita kenal bisnes anda, lihat content semasa dan bincang apa yang boleh dibuat mengikut bajet. Anda boleh datang dengan satu idea, atau dengan banyak soalan.

Book sesi percumaPercuma · Google Meet · Maks. 60 minit