Idea ada arah
Kami susun idea dan skrip ikut produk, pelanggan dan tujuan bisnes.
We Geek Out on Your Brand.Sebab itu kami ada untuk bantu syarikat anda hasilkan content secara konsisten.
Kami susun idea dan skrip ikut produk, pelanggan dan tujuan bisnes.
Owner, produk dan cerita sebenar dijadikan video original.
Anda post sendiri, atau tambah Account Management untuk kami urus.
Antara brand yang pernah Geekastudio bantu.




Produk bagus pun boleh terlepas pelanggan kalau orang tak kenal, tak faham nilainya atau jarang nampak bisnes anda.

Kedai dah buka. Produk dah ada. Tapi orang yang perlukan produk anda masih tak tahu anda wujud.
Dalam contoh ini, Kedai C ada juga. Cuma belum ada dalam ingatan pelanggan.“Eh, area sini ada Kedai A dengan B je kan?”

Orang nampak apa anda jual, tetapi tak faham kenapa patut pilih anda.
“Nampak sama je. Apa bezanya?”

Idea, shooting, editing dan posting semuanya tunggu anda ada masa.
“Lepas layan customer, baru shoot. Kalau sempat…”
Foto ilustrasi. Dialog ialah contoh situasi, bukan pengalaman individu atau kedai dalam gambar.
Sewa, gaji dan bil tetap berjalan. Bila orang tak nampak bisnes anda, peluang jualan boleh beralih kepada pesaing.
Jika pelanggan hanya datang kerana diskaun, order boleh bertambah tetapi untung makin kecil. Susah nak kembangkan bisnes.
Marketing tertangguh, pelanggan baharu pun susah nak masuk. Owner terus sibuk, bisnes terus bergantung pada pelanggan sedia ada.
Situasi ini terasa dekat dengan bisnes anda?
Tak semestinya kena viral untuk dapat jualan. Video perlu buat orang kenal bisnes anda, percaya pada produk dan tahu cara nak beli.
Cerita pemilik, masalah pelanggan dan kegunaan produk bantu orang tahu siapa anda dan apa yang anda tawarkan.
Tunjuk cara produk berfungsi, proses kerja dan jawapan kepada soalan biasa. Pelanggan lebih faham sebelum buat keputusan.
Terangkan tawaran dan langkah pembelian. Arahkan pelanggan ke beg kuning, WhatsApp, laman web atau kedai.
Tontonan menunjukkan berapa ramai nampak video. Pertanyaan dan rekod jualan pula membantu kita menilai kesannya kepada bisnes.
Owner, produk dan cerita sebenar jadi video original. Kami bantu skrip dan penyampaian supaya anda lebih selesa depan kamera.
Bagaimana cerita bisnes jadi content?
Video yang dah dipost. Bisnes sebenar. Tengok cara hook, penyampaian dan editing disesuaikan untuk industri berbeza.
Pengenalan kedai komputer
Kenal owner. Tengok kedai. Faham apa yang ditawarkan. Pengenalan bisnes sebenar, dalam format yang sesuai untuk social media.
Buka sound untuk dengar cerita penuh.
Swipe atau scroll ke tepi untuk tengok lagi.
Penerangan servis baiki telefon
Bingkai ikut bentuk muka
Aktiviti kognitif & fokus
Cara buat bubble tea
Teknik perapan ayam
Video original yang Geekastudio edit dan terbitkan. Audio dan teks video dikekalkan dalam bahasa asal.
Maklum balas projek Geekastudio merangkumi peningkatan pertanyaan WhatsApp, pelanggan datang ke kedai dan jualan beg kuning.
Pertanyaan pelanggan melalui WhatsApp bertambah.
Lebih banyak pelanggan datang ke kedai fizikal.
Jualan melalui beg kuning TikTok Shop meningkat.
Ringkasan maklum balas projek yang dikongsi oleh Geekastudio. Hasil berbeza mengikut produk, offer, audience dan proses jualan.
Pengalaman menghasilkan content untuk brand, kini dibawa untuk membantu SME.

Faham cara orang scroll. Faham juga tekanan owner.
Sebagai pemilik itgeeks.my, Aman juga faham tekanan menjaga kos, pelanggan dan jualan.
Dari strategi hingga produksi, setiap orang ada peranan yang jelas.
Menentukan arah content dan cara cerita bisnes anda disampaikan.
Mengendalikan rakaman dan pengurusan media sosial.
Membantu produksi di lokasi dan menyusun rakaman menjadi video siap.
Merancang content dan mengurus iklan mengikut keperluan kempen.
Team Gen Z dengan pengalaman bisnes sebenar. Kami cuba hasilkan idea original dan penyampaian yang natural. Tak semestinya kena viral—yang penting ada arah untuk branding, trust dan sales.
Portfolio video brand melalui akaun creator Aman.



Dah kenal team kami. Macam mana kita mula?
Tentukan tujuan video, idea, hook, skrip dan tindakan pelanggan.
Rakam owner, produk dan suasana sebenar bisnes.
Susun cerita, subtitle dan visual sokongan supaya mudah ditonton.
Sediakan caption, cover dan jadual posting.
Balas komen asas dan salurkan pertanyaan kepada team anda.
Semak data content bersama maklumat pertanyaan dan jualan.
Tanpa Account Management, anda urus posting sendiri. Add-on ini meliputi caption, cover, posting, engagement asas dan review untuk video dalam pakej anda. Harga ikut jumlah video; campaign planning ialah add-on berasingan.
Proses dah jelas. Berapa kos untuk bisnes anda?
Pilih jumlah video yang boleh anda gunakan setiap bulan. Mula dengan pakej yang sesuai dan tambah apabila bisnes bersedia.
Kami sediakan video siap. Anda urus caption, cover dan posting sendiri.
Bina asas dan cari mesej yang sesuai.
Cuba lebih banyak idea dan cara penyampaian.
Lebih banyak siri video. Lebih kerap muncul.
Harga video termasuk perancangan, skrip, shooting dan editing. Perjalanan, penginapan, penyampai luar, bajet iklan dan servis tambahan dicaj berasingan. A-Z: caj persediaan akaun RM499 sekali untuk sehingga 3 platform—TikTok, Instagram dan Facebook.
Video dah siap, tapi tak sempat posting? Kami urus caption, cover, jadual posting dan review untuk video dalam pakej produksi anda yang telah diluluskan.
Anda luluskan maklumat produk, stok dan harga, serta urus order dan closing. Kami urus posting dan engagement asas mengikut skop yang dipersetujui.
Tapi… Mana Lagi Berbaloi Eh?
Sesuai jika anda perlukan staf setiap hari, dalam operasi bisnes.
KelebihanSesuai jika anda perlukan content secara konsisten, dengan skop dan jadual yang jelas.
KelebihanPakej produksi Geekastudio bermula RM1,499 sebulan. Skop agensi berbeza daripada staf sepenuh masa; urusan harian bisnes dan closing kekal pada team anda.
Mulakan dengan tiga bulan untuk kenal cara kerja kami dan nilai kesesuaiannya dengan bisnes anda.
Tak perlu bayar tiga bulan sekaligus. Bayaran dibuat setiap bulan.
Anda boleh tamatkan kerjasama tanpa rasa bersalah jika servis kami tak sesuai dengan keperluan anda.
Kami yakin dengan servis yang kami tawarkan. Kami mahu anda terus bersama kami kerana kerja dan servis kami sesuai dengan bisnes anda.
Bincang percubaan 3 bulanBina stok content dalam satu batch produksi. Sesuai kalau team anda nak urus posting sendiri dan perlukan lebih banyak video.
BONUS: 1 sesi group content coaching, 4 jam. Gunakan dalam 3 bulan selepas pengesahan.
30 video: 1–2 hari shooting. 50 video: 2–3 hari shooting. Tempoh shooting bergantung pada keperluan projek. Posting, respons, penyampai luar dan perjalanan tidak termasuk.
Perlu bantuan selain video? Pilih servis yang sesuai dengan keperluan bisnes anda. Setiap servis mempunyai skop dan caj sendiri.

Kami susun satu kempen utama: apa nak ditawarkan, siapa nak dicapai, di mana nak promosi dan bila nak jalankan. Selepas itu, kita semak hasilnya.

Perkenalkan jenama anda kepada pengikut content creator yang sesuai. Skop asas: 1 video pendek dan 1 hantaran.

Kami sediakan dan pantau iklan di Meta atau TikTok, kemudian buat pelarasan mengikut respons. Bajet iklan RM300–RM1,000 dibayar berasingan.

Chatbot AI dan ejen membantu jawab soalan, susuli pelanggan dan urus jualan. Komisen dikira atas jualan bersih yang dikutip melalui pasukan kami.
Bantuan Jualan: 1 jenama dan 1 WhatsApp, dengan ejen dikongsi antara projek. Jumlah pertanyaan, waktu bertugas, kos platform/API dan sambungan sistem disahkan dalam sebut harga. Komisen dikira selepas diskaun, bayaran balik dan pembatalan; tidak termasuk cukai dan penghantaran.
Fahami skop dan cara kerja sebelum pilih pakej.
Tanya pasukan kami di WhatsAppVideo sahaja merangkumi idea, skrip, shooting dan editing; anda urus caption, cover dan posting sendiri. A-Z menambah Account Management: caption, cover, posting, engagement asas dan review untuk video dalam pakej produksi. Minimum: +RM499/bulan untuk 10 video; Growth: +RM749/bulan untuk 15 video; Growth+: +RM999/bulan untuk 20 video. Closing WhatsApp dan urusan order tidak termasuk dalam management asas.
Sasaran draf pertama ialah 7–10 hari bekerja selepas shooting dan semua bahan diterima. Video dihantar berperingkat mengikut jadual yang dipersetujui.
Satu pusingan pindaan bagi setiap video berdasarkan keperluan asal. Kumpulkan semua komen dalam satu pusingan. Konsep baharu, shooting semula atau perubahan besar dicaj berasingan.
Pemilik atau wakil jenama digalakkan kerana paling memahami produk. Kami bantu skrip dan cara penyampaian. Penyampai luar boleh ditambah pada RM200 sehari, bergantung pada ketersediaan dan hak penggunaan.
Boleh, bergantung pada jadual dan lokasi. Perjalanan luar kawasan tempatan: RM1/km pergi balik dari Bandar Baru Uda, serta tol mengikut kos sebenar. Jika perlu, penginapan 2 bilik dianggarkan RM300–RM500 semalam. Kos disahkan sebelum shooting.
Tiada jaminan jumlah tontonan, pertanyaan atau jualan. Kami fokus pada video original, posting konsisten dan penambahbaikan berdasarkan data. Produk, pasaran, tawaran dan cara melayan pelanggan turut menentukan hasil.
Bajet iklan, pengacaraan siaran langsung, lokasi khas, shooting asal dan fail projek tidak termasuk kecuali dinyatakan. Perancangan kempen, kerjasama content creator, pengurusan iklan dan Bantuan Jualan ialah servis tambahan.
Kita bincang produk, pelanggan sasaran, masalah dan tujuan bisnes, kemudian cadangkan skop yang sesuai. Sesi Google Meet maksimum 1 jam, percuma dan tanpa kewajipan mengambil pakej. Terma pakej dan pembayaran disahkan dalam sebut harga.
Boleh mulakan dengan percubaan tiga bulan, dengan bayaran setiap bulan. Tak perlu bayar tiga bulan sekaligus. Jika servis kami tak sesuai, anda boleh tamatkan kerjasama tanpa rasa bersalah.
Dah nampak apa yang bisnes anda perlukan?
Tak pasti pakej mana sesuai? Ceritakan bisnes anda dahulu. Kita bincang langkah yang sesuai bersama, percuma dan tanpa komitmen.
Google Meet · Maksimum 60 minit · Waktu Malaysia (GMT+8)
Memuatkan jadual…
Selasa–Ahad · 10:30 pagi–6:30 petang
Atur sesi di WhatsApp