Mode Professional aktif
CONTENT MARKETING · JOHOR BAHRU

CONTENT
MARKETING.

Pesaing makin kerap muncul. Content syarikat anda masih tertangguh?

Sebab itu kami ada untuk bantu syarikat anda hasilkan content secara konsisten.

PercumaMaksimum 60 minitTanpa komitmen

Idea ada arah

Kami susun idea dan skrip ikut produk, pelanggan dan tujuan bisnes.

Shooting & editing, ada team

Owner, produk dan cerita sebenar dijadikan video original.

Video siap untuk posting

Anda post sendiri, atau tambah Account Management untuk kami urus.

  • 10–20video / bulan
  • 1–2hari shooting
  • Originalikut brand anda
STRATEGI ✳ PENGHASILAN VIDEO ✳ PENCERITAAN ✳ INTERAKSI ✳ PERTUMBUHAN ✳
CLIENT EXPERIENCE

Antara brand yang pernah Geekastudio bantu.

itgeeks.my
Azzfix Repair
Lenore Optometry
Tadika al-iman
Tadika al-iman
Tadika Cahaya Ayunie
Tadika Cahaya Ayunie
Tadika KeedsflixUlu Tiram & Impiana Kulai
Teamu
Rozies Kitchen
Rozies Kitchen
DARI PENGALAMAN KAMI BERSAMA CLIENT

70% Business Owner Yang Kami Bantu, Ada Masalah Ini

Produk bagus pun boleh terlepas pelanggan kalau orang tak kenal, tak faham nilainya atau jarang nampak bisnes anda.

Deretan kedai di Kuala Lumpur
01

Kurang Dikenali

Kedai dah buka. Produk dah ada. Tapi orang yang perlukan produk anda masih tak tahu anda wujud.

“Eh, area sini ada Kedai A dengan B je kan?”

Dalam contoh ini, Kedai C ada juga. Cuma belum ada dalam ingatan pelanggan.
Pelanggan memilih dan membandingkan produk
02

Nilai Kurang Jelas

Orang nampak apa anda jual, tetapi tak faham kenapa patut pilih anda.

“Nampak sama je. Apa bezanya?”

Telefon dan laptop digunakan serentak ketika bekerja
03

Beban Pemilik

Idea, shooting, editing dan posting semuanya tunggu anda ada masa.

“Lepas layan customer, baru shoot. Kalau sempat…”

Foto ilustrasi. Dialog ialah contoh situasi, bukan pengalaman individu atau kedai dalam gambar.

KALAU DIBIARKAN TERLALU LAMA

Masalah kecil boleh jadi tekanan besar kepada bisnes.

Kos tetap jalan. Peluang jualan terlepas.

Sewa, gaji dan bil tetap berjalan. Bila orang tak nampak bisnes anda, peluang jualan boleh beralih kepada pesaing.

Sibuk menjual, untung makin tertekan.

Jika pelanggan hanya datang kerana diskaun, order boleh bertambah tetapi untung makin kecil. Susah nak kembangkan bisnes.

Banyak kerja hari ini. Kurang ruang untuk esok.

Marketing tertangguh, pelanggan baharu pun susah nak masuk. Owner terus sibuk, bisnes terus bergantung pada pelanggan sedia ada.

Situasi ini terasa dekat dengan bisnes anda?

Anda tak perlu hadap semuanya sendiri.

Apa yang pelanggan perlu tahu sebelum memilih anda?

Brand Strategy

Tak semestinya kena viral untuk dapat jualan. Video perlu buat orang kenal bisnes anda, percaya pada produk dan tahu cara nak beli.

01
KENAL

Pengenalan Jenama

Cerita pemilik, masalah pelanggan dan kegunaan produk bantu orang tahu siapa anda dan apa yang anda tawarkan.

02
PERCAYA

Kepercayaan Pelanggan

Tunjuk cara produk berfungsi, proses kerja dan jawapan kepada soalan biasa. Pelanggan lebih faham sebelum buat keputusan.

03
BELI

Jualan

Terangkan tawaran dan langkah pembelian. Arahkan pelanggan ke beg kuning, WhatsApp, laman web atau kedai.

Tontonan menunjukkan berapa ramai nampak video. Pertanyaan dan rekod jualan pula membantu kita menilai kesannya kepada bisnes.

03 / ORIGINAL CONTENT. REAL BUSINESS.

Content Production

Owner, produk dan cerita sebenar jadi video original. Kami bantu skrip dan penyampaian supaya anda lebih selesa depan kamera.

  • Owner / wakil brand sebagai suara utama
  • Shooting di lokasi atau product send-in
  • Skrip, shooting, editing dan subtitle
  • Soft sell dan hard sell dengan tujuan berbeza
Lihat Content Packages

Bagaimana cerita bisnes jadi content?

Tengok hasil kerja kami.

REAL WORK / 14 VIDEO

Content Portfolio

Video yang dah dipost. Bisnes sebenar. Tengok cara hook, penyampaian dan editing disesuaikan untuk industri berbeza.

2:45
01 / PILIHAN STUDIOKedai komputer

itgeeks.my

Pengenalan kedai komputer

Kenal owner. Tengok kedai. Faham apa yang ditawarkan. Pengenalan bisnes sebenar, dalam format yang sesuai untuk social media.

Owner-ledBrand introduction2:45

Buka sound untuk dengar cerita penuh.

Lagi Hasil Kerja

Swipe atau scroll ke tepi untuk tengok lagi.

02Baiki telefon
1:13

Azzfix Repair

Penerangan servis baiki telefon

03Cermin mata
1:00

Lenore Optometry

Bingkai ikut bentuk muka

04Tadika & taska
0:32

Tadika Cahaya Ayunie

Aktiviti kognitif & fokus

05Makanan & minuman
1:05

Teamu

Cara buat bubble tea

06Makanan & minuman
1:30

Rozies Kitchen

Teknik perapan ayam

Video original yang Geekastudio edit dan terbitkan. Audio dan teks video dikekalkan dalam bahasa asal.

BRANDING / TRUST / SALES

Apa yang kami cuba capai untuk client kami

Maklum balas projek Geekastudio merangkumi peningkatan pertanyaan WhatsApp, pelanggan datang ke kedai dan jualan beg kuning.

01

WhatsApp Leads

Pertanyaan pelanggan melalui WhatsApp bertambah.

02

Walk-in Traffic

Lebih banyak pelanggan datang ke kedai fizikal.

03

TikTok Shop Sales

Jualan melalui beg kuning TikTok Shop meningkat.

Ringkasan maklum balas projek yang dikongsi oleh Geekastudio. Hasil berbeza mengikut produk, offer, audience dan proses jualan.

KENALI AMAN JAMADI

Siapa Content Creator di Sebalik Geekastudio?

Pengalaman menghasilkan content untuk brand, kini dibawa untuk membantu SME.

Aman Jamadi, content creator dan pemilik itgeeks.my
TikTok · @amanjamadiAman Jamadi
152KPengikut5.4MTanda suka
Rekod profil · 8 Oktober 2026Lihat Profil TikTok
CREATOR + BUSINESS OWNER

Faham cara orang scroll. Faham juga tekanan owner.

5tahunContent creation
10tahunSocial media marketing
30–50Brand collaborations

Sebagai pemilik itgeeks.my, Aman juga faham tekanan menjaga kos, pelanggan dan jualan.

Team yang mengurus content anda

Dari strategi hingga produksi, setiap orang ada peranan yang jelas.

Aman

Content Strategist

Menentukan arah content dan cara cerita bisnes anda disampaikan.

Elly

Videographer & Social Media Manager

Mengendalikan rakaman dan pengurusan media sosial.

Jie

Assistant Videographer & Editor

Membantu produksi di lokasi dan menyusun rakaman menjadi video siap.

Nazif

Content Planner & Ads Management

Merancang content dan mengurus iklan mengikut keperluan kempen.

Team Gen Z dengan pengalaman bisnes sebenar. Kami cuba hasilkan idea original dan penyampaian yang natural. Tak semestinya kena viral—yang penting ada arah untuk branding, trust dan sales.

CREATOR COLLABORATIONS · @amanjamadi

Portfolio video brand melalui akaun creator Aman.

Hyundai
Dongfeng
Samsung
Vivo
Oppo
Shopee
Bincang bisnes anda

Dah kenal team kami. Macam mana kita mula?

Anda bawa cerita. Kami gerakkan content.

04 / DARI IDEA KE VIDEO SIAP

Production Workflow

01

Planning

Tentukan tujuan video, idea, hook, skrip dan tindakan pelanggan.

02

Shooting

Rakam owner, produk dan suasana sebenar bisnes.

03

Editing

Susun cerita, subtitle dan visual sokongan supaya mudah ditonton.

04

Posting*

Sediakan caption, cover dan jadual posting.

05

Engagement*

Balas komen asas dan salurkan pertanyaan kepada team anda.

06

Review*

Semak data content bersama maklumat pertanyaan dan jualan.

Tanpa Account Management, anda urus posting sendiri. Add-on ini meliputi caption, cover, posting, engagement asas dan review untuk video dalam pakej anda. Harga ikut jumlah video; campaign planning ialah add-on berasingan.

Proses dah jelas. Berapa kos untuk bisnes anda?

Pilih pakej ikut keperluan dan bajet anda.

05 / PAKEJ MENGIKUT KEPERLUAN

Content Packages

Pilih jumlah video yang boleh anda gunakan setiap bulan. Mula dengan pakej yang sesuai dan tambah apabila bisnes bersedia.

Video siap · Posting sendiriA-Z + Account Management

Kami sediakan video siap. Anda urus caption, cover dan posting sendiri.

Minimum

Bina asas dan cari mesej yang sesuai.

RM1,499/ bulan
10video / bulan
5 soft sell + 5 hard sell
  • Content planning dan skrip
  • Hook, CTA dan storyboard asas
  • Shooting, editing dan subtitle
  • 1 hari shooting
  • Video siap — anda urus posting sendiri
Growth+

Lebih banyak siri video. Lebih kerap muncul.

RM3,299/ bulan
20video / bulan
10 soft sell + 10 hard sell
  • Semua skop produksi Growth
  • Lebih banyak variasi dan siri content
  • Kapasiti posting lebih tinggi
  • 2 hari shooting
  • Video siap — anda urus posting sendiri

Harga video termasuk perancangan, skrip, shooting dan editing. Perjalanan, penginapan, penyampai luar, bajet iklan dan servis tambahan dicaj berasingan. A-Z: caj persediaan akaun RM499 sekali untuk sehingga 3 platform—TikTok, Instagram dan Facebook.

PRODUCTION + POSTING

Account Management

Video dah siap, tapi tak sempat posting? Kami urus caption, cover, jadual posting dan review untuk video dalam pakej produksi anda yang telah diluluskan.

SKOP SAMA · HARGA IKUT JUMLAH VIDEO
Minimum+ RM49910 video / bulan
Growth+ RM74915 video / bulan
Growth++ RM99920 video / bulan
Posting untuk video dalam pakej produksi yang dipilih. Content tambahan di luar pakej perlu sebutharga berasingan.

Anda luluskan maklumat produk, stok dan harga, serta urus order dan closing. Kami urus posting dan engagement asas mengikut skop yang dipersetujui.

Tapi… Mana Lagi Berbaloi Eh?

Ambil staf atau Geekastudio?

Nak hire team marketing atau Geekastudio?

Team marketing sendiri

Sesuai jika anda perlukan staf setiap hari, dalam operasi bisnes.

Kelebihan
  • Lebih dekat dengan produk dan operasi harian
  • Masa kerja boleh disusun mengikut keperluan dalaman
Perlu dipertimbangkan
  • Perlu cari dan urus staf
  • Komitmen gaji, caruman, peralatan dan perisian
  • Perlu peruntukan masa dan kos untuk training
  • Ada risiko prestasi staf tidak mencapai sasaran

Geekastudio

Sesuai jika anda perlukan content secara konsisten, dengan skop dan jadual yang jelas.

Kelebihan
  • Planning, shooting dan editing dalam satu team
  • Pilih pakej ikut jumlah video dan bajet
Perlu dipertimbangkan
  • Shooting dan penghantaran ikut jadual dipersetujui
  • Kerja tambahan di luar skop dicaj berasingan

Pakej produksi Geekastudio bermula RM1,499 sebulan. Skop agensi berbeza daripada staf sepenuh masa; urusan harian bisnes dan closing kekal pada team anda.

Cuba dulu. Biar kerja kami yakinkan anda.

Cuba untuk 3 bulan

Mulakan dengan tiga bulan untuk kenal cara kerja kami dan nilai kesesuaiannya dengan bisnes anda.

Bayar setiap bulan

Tak perlu bayar tiga bulan sekaligus. Bayaran dibuat setiap bulan.

Tak sesuai? Boleh tamatkan.

Anda boleh tamatkan kerjasama tanpa rasa bersalah jika servis kami tak sesuai dengan keperluan anda.

Kami yakin dengan servis yang kami tawarkan. Kami mahu anda terus bersama kami kerana kerja dan servis kami sesuai dengan bisnes anda.

Bincang percubaan 3 bulan
BATCH PRODUCTION

Content Sprint

Bina stok content dalam satu batch produksi. Sesuai kalau team anda nak urus posting sendiri dan perlukan lebih banyak video.

30 videoRM3,900 / batch
50 videoRM6,000 / batch

BONUS: 1 sesi group content coaching, 4 jam. Gunakan dalam 3 bulan selepas pengesahan.

30 video: 1–2 hari shooting. 50 video: 2–3 hari shooting. Tempoh shooting bergantung pada keperluan projek. Posting, respons, penyampai luar dan perjalanan tidak termasuk.

06 / SOKONGAN UNTUK LANGKAH SETERUSNYA

Growth Services

Perlu bantuan selain video? Pilih servis yang sesuai dengan keperluan bisnes anda. Setiap servis mempunyai skop dan caj sendiri.

Perancangan bersama nota dan buku

Campaign Planning

RM1,000 / bulan

Kami susun satu kempen utama: apa nak ditawarkan, siapa nak dicapai, di mana nak promosi dan bila nak jalankan. Selepas itu, kita semak hasilnya.

Pencipta kandungan meshoot produk menggunakan telefon

Influencer Marketing

RM500–RM2,000 / creator

Perkenalkan jenama anda kepada pengikut content creator yang sesuai. Skop asas: 1 video pendek dan 1 hantaran.

Pasukan menyemak carta dan laporan pada komputer riba

Ads Management

RM700 / bulan

Kami sediakan dan pantau iklan di Meta atau TikTok, kemudian buat pelarasan mengikut respons. Bajet iklan RM300–RM1,000 dibayar berasingan.

Ejen membantu pelanggan melalui komputer riba

Sales Support

RM1,000 / bulan + 10%

Chatbot AI dan ejen membantu jawab soalan, susuli pelanggan dan urus jualan. Komisen dikira atas jualan bersih yang dikutip melalui pasukan kami.

Video tambahanRM199 / videoPenyampai luarRM200 / hariLatihan menutup jualanIkut sebutharga

Bantuan Jualan: 1 jenama dan 1 WhatsApp, dengan ejen dikongsi antara projek. Jumlah pertanyaan, waktu bertugas, kos platform/API dan sambungan sistem disahkan dalam sebut harga. Komisen dikira selepas diskaun, bayaran balik dan pembatalan; tidak termasuk cukai dan penghantaran.

07 / SEBELUM BERMULA

FAQ

Fahami skop dan cara kerja sebelum pilih pakej.

Tanya pasukan kami di WhatsApp
Apa beza video sahaja dengan A-Z?

Video sahaja merangkumi idea, skrip, shooting dan editing; anda urus caption, cover dan posting sendiri. A-Z menambah Account Management: caption, cover, posting, engagement asas dan review untuk video dalam pakej produksi. Minimum: +RM499/bulan untuk 10 video; Growth: +RM749/bulan untuk 15 video; Growth+: +RM999/bulan untuk 20 video. Closing WhatsApp dan urusan order tidak termasuk dalam management asas.

Bila boleh tengok video pertama?

Sasaran draf pertama ialah 7–10 hari bekerja selepas shooting dan semua bahan diterima. Video dihantar berperingkat mengikut jadual yang dipersetujui.

Berapa kali boleh buat pindaan?

Satu pusingan pindaan bagi setiap video berdasarkan keperluan asal. Kumpulkan semua komen dalam satu pusingan. Konsep baharu, shooting semula atau perubahan besar dicaj berasingan.

Pemilik wajib muncul depan kamera?

Pemilik atau wakil jenama digalakkan kerana paling memahami produk. Kami bantu skrip dan cara penyampaian. Penyampai luar boleh ditambah pada RM200 sehari, bergantung pada ketersediaan dan hak penggunaan.

Boleh shoot di luar Johor Bahru?

Boleh, bergantung pada jadual dan lokasi. Perjalanan luar kawasan tempatan: RM1/km pergi balik dari Bandar Baru Uda, serta tol mengikut kos sebenar. Jika perlu, penginapan 2 bilik dianggarkan RM300–RM500 semalam. Kos disahkan sebelum shooting.

Ada jaminan viral atau jualan?

Tiada jaminan jumlah tontonan, pertanyaan atau jualan. Kami fokus pada video original, posting konsisten dan penambahbaikan berdasarkan data. Produk, pasaran, tawaran dan cara melayan pelanggan turut menentukan hasil.

Apa yang belum termasuk dalam harga?

Bajet iklan, pengacaraan siaran langsung, lokasi khas, shooting asal dan fail projek tidak termasuk kecuali dinyatakan. Perancangan kempen, kerjasama content creator, pengurusan iklan dan Bantuan Jualan ialah servis tambahan.

Apa berlaku dalam sesi kenali bisnes?

Kita bincang produk, pelanggan sasaran, masalah dan tujuan bisnes, kemudian cadangkan skop yang sesuai. Sesi Google Meet maksimum 1 jam, percuma dan tanpa kewajipan mengambil pakej. Terma pakej dan pembayaran disahkan dalam sebut harga.

Boleh cuba dahulu sebelum teruskan?

Boleh mulakan dengan percubaan tiga bulan, dengan bayaran setiap bulan. Tak perlu bayar tiga bulan sekaligus. Jika servis kami tak sesuai, anda boleh tamatkan kerjasama tanpa rasa bersalah.

Dah nampak apa yang bisnes anda perlukan?

Jom bincang langkah pertama.

08 / LANGKAH SETERUSNYA

Discovery Call

Tak pasti pakej mana sesuai? Ceritakan bisnes anda dahulu. Kita bincang langkah yang sesuai bersama, percuma dan tanpa komitmen.

1Pilih slot2Maklumat anda3Sahkan sesi

Pilih masa untuk berbincang.

Google Meet · Maksimum 60 minit · Waktu Malaysia (GMT+8)

November 2026
IsSeRaKhJuSaAh
Masih kosongSudah ditempah

Pilih tarikh untuk lihat masa

Memuatkan jadual…

Selasa–Ahad · 10:30 pagi–6:30 petang

Atur sesi di WhatsApp