Mode Professional aktif
CONTENT MARKETING · JOHOR BAHRU

CONTENT
MARKETING.

Content konsisten. Owner tak perlu buat semuanya.

Kami susun idea, shooting dan editing video original untuk TikTok, Instagram dan Facebook. Nak caption, posting dan respons komen sekali? Tambah Account Management. Anda fokus pada bisnes; kami bantu pelanggan kenal produk dan tahu cara nak beli.

  • 10–20video / bulan
  • 1–2hari shooting
  • Originalikut brand anda
PercumaMaksimum 60 minitTanpa komitmen
STRATEGI ✳ PENGHASILAN VIDEO ✳ PENCERITAAN ✳ INTERAKSI ✳ PERTUMBUHAN ✳
CLIENT EXPERIENCE

Antara brand yang pernah Geekastudio bantu.

itgeeks.myitgeeks.my
Azzfix RepairAzzfix Repair
Lenore OptometryLenore Optometry
Tadika al-iman
Tadika Cahaya Ayunie
Tadika KeedsflixTadika KeedsflixUlu Tiram & Impiana Kulai
TeamuTeamu
Rozies Kitchen
01 / MASALAH & KESANNYA

Cabaran Bisnes

Produk bagus pun boleh terlepas pelanggan kalau orang tak kenal, tak faham nilainya atau jarang nampak bisnes anda.

01

Kurang Dikenali

Dua orang hanya perasan Kedai A dan B, walaupun Kedai C juga ada di sebelahnya.MASALAHNYA

“Eh, area sini ada Kedai A dengan B je kan?”

Kedai dah buka. Produk dah ada. Tapi orang yang perlukan produk anda masih tak tahu anda wujud.

Kedai A dan B menerima pelanggan, sementara pemilik Kedai C menunggu di kedai kosong.KALAU DIBIARKAN

Kedai C pun buka. Tapi pelanggan singgah tempat yang mereka ingat.

Pesaing yang kerap muncul lebih mudah diingati. Pelanggan boleh terus beli daripada mereka, sedangkan sewa, gaji dan bil anda tetap berjalan setiap bulan.

02

Nilai Kurang Jelas

Pelanggan membandingkan dua minuman yang nampak serupa dan tidak pasti perbezaannya.MASALAHNYA

“Nampak sama je. Ambil yang murah lah.”

Orang nampak apa anda jual, tetapi tak faham kenapa patut pilih anda.

Pemilik sibuk menyiapkan banyak pesanan minuman tetapi hanya sedikit wang tinggal di tempat pembayaran.KALAU DIBIARKAN

Order banyak. Tapi untung tinggal sikit.

Akhirnya pelanggan banding harga sahaja. Anda terpaksa kerap beri diskaun. Jualan mungkin ada, tetapi untung semakin nipis dan kerja semakin banyak.

03

Beban Pemilik

Pemilik kedai cuba melayan pelanggan, mengurus telefon, shooting dan editing serentak.MASALAHNYA

“Lepas layan customer, baru shoot. Kalau sempat…”

Idea, shooting, editing dan posting semuanya tunggu anda ada masa.

Pemilik terus melayan pelanggan sementara kamera dan rancangan shooting terbiar.KALAU DIBIARKAN

Hari bertukar minggu. Content masih tak jalan.

Bila kedai sibuk, pemasaran terhenti. Orang makin jarang nampak bisnes anda. Setiap hari anda kena pilih: urus pelanggan sekarang atau cari pelanggan baharu.

Ilustrasi situasi yang biasa dihadapi bisnes.

Bila orang tak ingat bisnes anda, pelanggan yang patut datang boleh terus memilih pesaing.

Kita mula dengan mesej yang jelas, kemudian susun video supaya pelanggan faham dan tahu langkah seterusnya.

02 / KENAL, PERCAYA, BELI

Brand Strategy

Tak semestinya kena viral untuk dapat jualan. Video perlu buat orang kenal bisnes anda, percaya pada produk dan tahu cara nak beli.

01
KENAL

Pengenalan Jenama

Cerita pemilik, masalah pelanggan dan kegunaan produk bantu orang tahu siapa anda dan apa yang anda tawarkan.

02
PERCAYA

Kepercayaan Pelanggan

Tunjuk cara produk berfungsi, proses kerja dan jawapan kepada soalan biasa. Pelanggan lebih faham sebelum buat keputusan.

03
BELI

Jualan

Terangkan tawaran dan langkah pembelian. Arahkan pelanggan ke beg kuning, WhatsApp, laman web atau kedai.

Tontonan menunjukkan berapa ramai nampak video. Pertanyaan dan rekod jualan pula membantu kita menilai kesannya kepada bisnes.

Video Azzfix Repair yang dihasilkan oleh Geekastudio
AZZFIX REPAIR · ORIGINAL CONTENT

Video yang menggambarkan servis dan identiti bisnes sebenar.

03 / ORIGINAL CONTENT. REAL BUSINESS.

Content Production

Cerita bisnes anda tak perlu sama macam orang lain. Owner, produk dan pengalaman sebenar ialah bahan content yang paling kuat.

Kami bantu susun hook, skrip dan cara penyampaian supaya anda lebih selesa di depan kamera. Setiap video ada mesej jelas, sama ada untuk bina trust atau ajak pelanggan membeli.

  • Owner / wakil brand sebagai suara utama
  • Shooting di lokasi atau product send-in
  • Skrip, shooting, editing dan subtitle
  • Soft sell dan hard sell dengan tujuan berbeza
Lihat Content Packages
REAL WORK / 14 VIDEO

Content Portfolio

Video yang dah dipost. Bisnes sebenar. Tengok cara hook, penyampaian dan editing disesuaikan untuk industri berbeza.

2:45
01 / PILIHAN STUDIOKedai komputer

itgeeks.my

Pengenalan kedai komputer

Kenal owner. Tengok kedai. Faham apa yang ditawarkan. Pengenalan bisnes sebenar, dalam format yang sesuai untuk social media.

Owner-ledBrand introduction2:45

Buka sound untuk dengar cerita penuh.

Lagi Hasil Kerja

Swipe atau scroll ke tepi untuk tengok lagi.

02Baiki telefon
1:13

Azzfix Repair

Penerangan servis baiki telefon

03Cermin mata
1:00

Lenore Optometry

Bingkai ikut bentuk muka

04Tadika & taska
0:32

Tadika Cahaya Ayunie

Aktiviti kognitif & fokus

05Makanan & minuman
1:05

Teamu

Cara buat bubble tea

06Makanan & minuman
1:30

Rozies Kitchen

Teknik perapan ayam

Video original yang Geekastudio edit dan terbitkan. Audio dan teks video dikekalkan dalam bahasa asal.

BRANDING / TRUST / SALES

Business Impact

Maklum balas projek Geekastudio merangkumi peningkatan pertanyaan WhatsApp, pelanggan datang ke kedai dan jualan beg kuning.

01

WhatsApp Leads

Pertanyaan pelanggan melalui WhatsApp bertambah.

02

Walk-in Traffic

Lebih banyak pelanggan datang ke kedai fizikal.

03

TikTok Shop Sales

Jualan melalui beg kuning TikTok Shop meningkat.

Ringkasan maklum balas projek yang dikongsi oleh Geekastudio. Hasil berbeza mengikut produk, offer, audience dan proses jualan.

Aman Jamadi, content creator dan pemilik itgeeks.my
TikTok · @amanjamadiAman Jamadi
152KPengikut5.4MTanda suka
Rekod profil · 8 Oktober 2026Lihat Profil TikTok
CREATOR + BUSINESS OWNER

Creator Experience

Faham cara orang scroll. Faham juga tekanan owner.

Aman Jamadi membawa pengalaman sebagai content creator dan pemilik itgeeks.my ke Geekastudio. Bagi owner, content perlu membantu pelanggan faham nilai produk, sambil mengambil kira kos, operasi dan proses jualan.

Team Gen Z dengan pengalaman bisnes sebenar. Kami cuba hasilkan idea original dan penyampaian yang natural. Tak semestinya kena viral—yang penting ada arah untuk branding, trust dan sales.

CREATOR COLLABORATIONS · @amanjamadi

Portfolio video brand melalui akaun creator Aman.

DongfengDongfeng
SamsungSamsung
OppoOppo
ShopeeShopee
Bincang bisnes anda
04 / DARI IDEA KE VIDEO SIAP

Production Workflow

Anda kongsi cerita bisnes dan maklumat produk. Kami bantu susun, shoot dan siapkan video untuk diterbitkan.

01

Planning

Tentukan tujuan video, idea, hook, skrip dan tindakan pelanggan.

02

Shooting

Rakam owner, produk dan suasana sebenar bisnes.

03

Editing

Susun cerita, subtitle dan visual sokongan supaya mudah ditonton.

04

Posting*

Sediakan caption, cover dan jadual posting.

05

Engagement*

Balas komen asas dan salurkan pertanyaan kepada team anda.

06

Review*

Semak data content bersama maklumat pertanyaan dan jualan.

Posting, engagement dan review termasuk apabila menambah Account Management. Campaign planning / promo planning ialah add-on berasingan.

05 / PAKEJ MENGIKUT KEPERLUAN

Content Packages

Pilih jumlah video yang boleh anda gunakan setiap bulan. Mula dengan pakej yang sesuai dan tambah apabila bisnes bersedia.

Content ProductionA-Z + Account Management
Minimum

Bina asas dan cari mesej yang sesuai.

RM1,499/ bulan
10video / bulan
5 soft sell + 5 hard sell
  • Content planning dan skrip
  • Hook, CTA dan storyboard asas
  • Shooting, editing dan subtitle
  • 1 hari shooting
Growth+

Lebih banyak siri video. Lebih kerap muncul.

RM3,299/ bulan
20video / bulan
10 soft sell + 10 hard sell
  • Semua skop produksi Growth
  • Lebih banyak variasi dan siri content
  • Kapasiti posting lebih tinggi
  • 2 hari shooting

Harga video termasuk perancangan, skrip, shooting dan editing. Perjalanan, penginapan, penyampai luar, bajet iklan dan servis tambahan dicaj berasingan. A-Z: caj persediaan akaun RM499 sekali untuk sehingga 3 platform—TikTok, Instagram dan Facebook.

PRODUCTION + POSTING

Account Management

Video dah siap, tapi tak sempat posting? Kami urus caption, cover, jadual posting dan review untuk video yang anda luluskan.

Minimum+ RM499Growth+ RM749Growth++ RM999

Anda luluskan maklumat produk, stok dan harga, serta urus order dan closing. Kami urus posting dan engagement asas mengikut skop yang dipersetujui.

PASUKAN SENDIRI

2 staf × RM2,000 = RM4,000 sebulan untuk gaji sahaja.

Contoh anggaran gaji; belum termasuk latihan, peralatan dan caruman. Skop kerja agensi berbeza daripada staf sepenuh masa.
BATCH PRODUCTION

Content Sprint

Bina stok content dalam satu batch produksi. Sesuai kalau team anda nak urus posting sendiri dan perlukan lebih banyak video.

30 videoRM3,900 / batch
50 videoRM6,000 / batch

BONUS: 1 sesi group content coaching, 4 jam. Gunakan dalam 3 bulan selepas pengesahan.

30 video: 1–2 hari shooting. 50 video: 2–3 hari shooting. Tempoh shooting bergantung pada keperluan projek. Posting, respons, penyampai luar dan perjalanan tidak termasuk.

06 / SOKONGAN UNTUK LANGKAH SETERUSNYA

Growth Services

Perlu bantuan selain video? Pilih servis yang sesuai dengan keperluan bisnes anda. Setiap servis mempunyai skop dan caj sendiri.

Perancangan bersama nota dan buku

Campaign Planning

RM1,000 / bulan

Kami susun satu kempen utama: apa nak ditawarkan, siapa nak dicapai, di mana nak promosi dan bila nak jalankan. Selepas itu, kita semak hasilnya.

Pencipta kandungan meshoot produk menggunakan telefon

Influencer Marketing

RM500–RM2,000 / creator

Perkenalkan jenama anda kepada pengikut content creator yang sesuai. Skop asas: 1 video pendek dan 1 hantaran.

Pasukan menyemak carta dan laporan pada komputer riba

Ads Management

RM700 / bulan

Kami sediakan dan pantau iklan di Meta atau TikTok, kemudian buat pelarasan mengikut respons. Bajet iklan RM300–RM1,000 dibayar berasingan.

Ejen membantu pelanggan melalui komputer riba

Sales Support

RM1,000 / bulan + 10%

Chatbot AI dan ejen membantu jawab soalan, susuli pelanggan dan urus jualan. Komisen dikira atas jualan bersih yang dikutip melalui pasukan kami.

Video tambahanRM199 / videoPenyampai luarRM200 / hariLatihan menutup jualanIkut sebutharga

Bantuan Jualan: 1 jenama dan 1 WhatsApp, dengan ejen dikongsi antara projek. Jumlah pertanyaan, waktu bertugas, kos platform/API dan sambungan sistem disahkan dalam sebut harga. Komisen dikira selepas diskaun, bayaran balik dan pembatalan; tidak termasuk cukai dan penghantaran.

07 / SEBELUM BERMULA

FAQ

Fahami skop dan cara kerja sebelum pilih pakej.

Tanya pasukan kami di WhatsApp
Apa beza video sahaja dengan A-Z?

Video sahaja merangkumi idea, skrip, shooting dan editing. A-Z menambah Account Management: teks hantaran, muka depan, posting, respons komen asas, penyaluran pertanyaan dan ringkasan prestasi. Urusan jualan WhatsApp dan pesanan tidak termasuk dalam pengurusan asas.

Bila boleh tengok video pertama?

Sasaran draf pertama ialah 7–10 hari bekerja selepas shooting dan semua bahan diterima. Video dihantar berperingkat mengikut jadual yang dipersetujui.

Berapa kali boleh buat pindaan?

Satu pusingan pindaan bagi setiap video berdasarkan keperluan asal. Kumpulkan semua komen dalam satu pusingan. Konsep baharu, shooting semula atau perubahan besar dicaj berasingan.

Pemilik wajib muncul depan kamera?

Pemilik atau wakil jenama digalakkan kerana paling memahami produk. Kami bantu skrip dan cara penyampaian. Penyampai luar boleh ditambah pada RM200 sehari, bergantung pada ketersediaan dan hak penggunaan.

Boleh shoot di luar Johor Bahru?

Boleh, bergantung pada jadual dan lokasi. Perjalanan luar kawasan tempatan: RM1/km pergi balik dari Bandar Baru Uda, serta tol mengikut kos sebenar. Jika perlu, penginapan 2 bilik dianggarkan RM300–RM500 semalam. Kos disahkan sebelum shooting.

Ada jaminan viral atau jualan?

Tiada jaminan jumlah tontonan, pertanyaan atau jualan. Kami fokus pada video original, posting konsisten dan penambahbaikan berdasarkan data. Produk, pasaran, tawaran dan cara melayan pelanggan turut menentukan hasil.

Apa yang belum termasuk dalam harga?

Bajet iklan, pengacaraan siaran langsung, lokasi khas, shooting asal dan fail projek tidak termasuk kecuali dinyatakan. Perancangan kempen, kerjasama content creator, pengurusan iklan dan Bantuan Jualan ialah servis tambahan.

Apa berlaku dalam sesi kenali bisnes?

Kita bincang produk, pelanggan sasaran, masalah dan tujuan bisnes, kemudian cadangkan skop yang sesuai. Sesi Google Meet maksimum 1 jam, percuma dan tanpa kewajipan mengambil pakej. Terma pakej dan pembayaran disahkan dalam sebut harga.

08 / LANGKAH SETERUSNYA

Discovery Call

Tak pasti pakej mana sesuai? Ceritakan bisnes anda dahulu. Kita bincang langkah yang sesuai bersama, percuma dan tanpa komitmen.

1Maklumat anda2Tarikh & masa3Semak & sahkan

Kenalkan bisnes anda dulu

Lepas ni pilih tarikh dan masa yang sesuai.